10 Carian Paling Trending Google Malaysia Sepanjang Tahun 2015!


Setiap hujung tahun je, Google akan kongsikan senarai carian tertinggi yang menjadi tumpuan penggunanya di seluruh dunia.
Baru-baru ini, Google Malaysia telah mengeluarkan senarai carian tahunan Malaysia. Apa yang paling di cari oleh rakyat Malaysia?
Berikut adalah senarai 10 carian trending di Malaysia sepanjang tahun 2015.

1. HRMIS 2


HRMIS 2 merupakan satu aplikasi yang dilancarkan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia.

2. BR1M 2015


BR1M merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun. Bantuan setiap tahun ini diberikan pada mereka yang berpendapatan rendah untuk meringankan beban mereka.

3. How-Old.net



Aplikasi meneka usia ini dilancarkan oleh Microsoft awal pertengahan tahun ini, dan sekali gus menjadi kegilaan orang ramai.

4. Maharaja Lawak Mega



Siapa yang tak sukakan program realiti terbitan Astro ni. Rancangan kegemaran ramai ini menggabungkan pelawak-pelawak terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

5. Fast&Furious 7




Ditayangkan pada 3 April lalu, filem ini mendapat sambutan luar biasa berikutan pemergian pelakon utama filem tersebut, Paul Walker dan lagu “See You Again” ternyata menyentuh emosi rata-rata peminat filem Fast&Furious.

6. Hati Perempuan



Jangan terkejut jika drama bersiri ini jadi trending di Malaysia. Lakonan Mia Ahmad sebagai Yuhanis, seorang gadis tegas yang bekerja di syarikat ternama milik Tengku Zaril lakonan Syarul Ridzwan.

7. 1USD to MYR


Mata wang Malaysia menjadi perbualan hangat sejak Jun lalu apabila Ringgit ditutup pada paras paling rendah berbanding dolar Amerika dalam tempoh sembilan tahun.

8. WhatsApp Web



Pada Januari lalu, Aplikasi WhatsApp memperkenalkan satu perkhidmatan baru iaitu menghantar pesanan menerusi pelayar web yang boleh disambungkan menerusi komputer.

9. GST



Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dilaksanakan pada April 2015 sebagai pengganti Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%).

10. Bersih 4.0


Perhimpunan Bersih 4.0 telah diadakan di ibu kota pada 29 Ogos lalu. Perhimpunan tersebut diadakan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan susulan kenaikan harga barangan serta pelaksanaan GST.

Sumber: hasanuva

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "10 Carian Paling Trending Google Malaysia Sepanjang Tahun 2015!"

Post a Comment