11 Pelancong Malaysia Maut Nahas Bas Di Thailand


BANGKOK – Sebelas pelancong Malaysia terbunuh dalam nahas bas di utara Thailand ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai tengah hari tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak berkuasa tempatan Thailand.
Dilaporkan, bas tersebut membawa 21 pelancong dan seorang pemandu menuruni laluan bergunung dari Chiang Rai ke Chiang Mai ketika ia hilang kawalan dan melanggar sejumlah kenderaan sebelum terbalik.
Pemandu bas tersebut adalah antara 11 yang tercedera dan kesemua mereka dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.
Mangsa yang terkorban disahkan sebagai warga Malaysia berbangsa Cina yang datang melancong ke negara tersebut.



Sumber: mynewshub

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "11 Pelancong Malaysia Maut Nahas Bas Di Thailand"

Post a Comment