5 Situasi Ini Hanya ‘Si Tinggi’ Sahaja Yang Memahami!


Ada di antara mereka yang bertubuh pendek, nak jadi tinggi. Tapi, bagaimana pula bagi mereka yang tinggi? Adakah mereka sukakan ketinggian mereka?
Ramai beranggapan, individu tinggi lebih senang berfesyen kerana apa saja gaya nampak kena apabila dipakai.
Malah, ada dalam kalangan kita pasti pernah menyuruh rakan bertubuh lampai ini mencuba nasib menjadi model di pentas peragaan kerana memiliki tubuh dan ketinggian sesuai.
Meskipun dilihat satu kelebihan, mereka juga tentu ada kekurangannya, bukan? Jadi, ini antara dilema yang di alami oleh ‘Si Tinggi’.

Perhatian yang merimaskan


Ke mana saja mereka pergi, mereka sering disapa orang tidak dikenali untuk bertanyakan soalan seperti ‘adakah kamu model’, ‘berapa ketinggian anda’ dan sebagainya. Kita harus tahu tidak semua individu bertubuh lampai itu model ataupun ahli sukan.

Susah nak bergaya


Mungkin kerana saiz yang berbeza daripada wanita Asia lain, agak sukar mencari baju lengan panjang yang labuh. Jadi, kebanyakan baju mereka yang sepatutnya labuh, jadi‘three quarter’.

Tak boleh pakai kasut tumit tinggi


Jika anda antara yang paling tinggi, mesti rakan anda tak bagi pakai kasut tumit tinggi, konon jealous sebab tinggi sangat. Susah kan!

Susah cari pasangan


Soal cari jodoh pun selalu jadi isu bagi mereka yang tinggi. Bukan mudah untuk mencari pasangan yang sama tinggi atau yang lebih tinggi. Bagi lelaki tinggi, tidak pelik jika pasangan mereka lebih rendah, tetapi bagi gadis bertubuh lampai, ia adalah isu besar.

Kena ejek

Bagi mereka yang tinggi, pasti tidak terlepas dari diejek oleh rakan-rakan. Gelaran yang biasa kita dengar seperti galah, zirafah, lonjong dan sebagainya.


Sumber: hanasuva

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "5 Situasi Ini Hanya ‘Si Tinggi’ Sahaja Yang Memahami!"

Post a Comment