9 Sebab Seks Baik Untuk Kesihatan, Untuk Yang Dah Kahwin Je!


Siapa cakap seks hanya untuk puaskan nafsu semata-mata? Tahukah anda bahawa seks sebenarnya baik untuk kesihatan dan memanjangkan hayat.
Khas untuk pasangan yang sudah berkahwin, ini antara 9 sebab kenapa anda perlu sentiasa bersama dan lakukan hubungan intim.

Seks hindari demam dan selesema

Menurut kajian, hubungan intim mampu meningkatkan tahap imunisasi atau antobodi. Jadi pasangan yang kerap melakukan hubungan seks akan terhindar dari penyakit ringan.

Seks kurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati, pasangan yang aktif melakukan seks lebih panjang usia dari mereka yang tidak aktif. Seks mengurangkan risiko sakit jantung dan strok.

Seks seimbangkan tahap hormon

Seks membantu menstabilkan hormon, serta melancarkan kitaran haid bagi wanita. Bahkan ia juga boleh mengurangkan simptom negatif menopause.

Seks sembuhkan sakit kepala


Ketika melakukan hubungan seks, hormon oxytocin akan dibebaskan dalam badan serta oxytocin juga mengurangkan rasa sakit yang anda alami.

Seks kurangkan stres

Kebaikan bebasnya oxytocin ketika hubungan seks, ia dapat merehatkan sistem saraf. Bukan itu je, ia mampu mengurangkan tekanan dan membantu mendapatkan tidur yang baik.

Seks kurangkan risiko kanser payudara

Kajian mendapati, wanita yang sering melakukan hubungan seks berisiko rendah untuk mendapat penyakit kanser payudara berbanding wanita yang kurang melakukan hubungan seks.

Seks tingkatkan kawalan pundi kencing

Hubungan seks sebenarnya sama seperti melakukan senaman otot Kegel. Otot ini jugalah yang mengawal pengaliran air kencing dari badan dan tiada lagi masalah pundi kencing.

Seks membakar lemak

Seks melancarkan peredaran darah dan memastikan jantung berdenyut. Walaupun ada yang mengatakan seks tidak membakar banyak kalori tetapi ia masih membakar kalori dalam badan jika dibandingkan dengan hanya duduk menonton TV.

Seks meningkatkan keyakinan diri

Kajian mendapati, seks mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Bukan itu sahaja, ia juga buatkan seseorang lebih berani di khalayak ramai.

Sumber: hasanuva

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "9 Sebab Seks Baik Untuk Kesihatan, Untuk Yang Dah Kahwin Je!"

Post a Comment