Akhirnya ditangkap di Batu Caves



    Suspek yang berjaya ditahan polis awal pagi ini.

SHAH ALAM - Seorang banduan yang melarikan diri daripada tahanan polis ketika dibawa menunjukkan rumah rakannya di Paya Jaras, Sungai Buloh, Isnin lalu ditahan semula awal pagi tadi.

Menurut sumber, banduan yang dikenali sebagai Mohamed Firzal Azizan, 34, ditahan pada pukul 1 pagi di Lorong Anggerik, Kampung Seri Gombak Indah, Batu Caves.

Difahamkan turut ditahan dua individu yang dipercayai menyembunyi suspek ketika melarikan diri.



Suspek merupakan penjenayah berbahaya kerana terlibat dalam 29 kes samun dan ragut melarikan diri dalam keadaan tangan masih bergari dan memakai baju lokap.

Dalam kejadian itu kira-kira pukul 9.35 malam itu, suspek berada di dalam sebuah van dan dikawal seorang anggota polis manakala beberapa lagi anggota termasuk pegawai ke rumah seorang lagi suspek.

Sumber:  Kosmo! Online

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Akhirnya ditangkap di Batu Caves"

Post a Comment