Aplikasi “ChiChi” Dari Jepun Ini Dicipta Untuk Ukur Saiz Buah Dada!


Pelik tapi benar. Aplikasi terbaru dari Jepun ini dicipta hanya untuk memberitahu wanita saiz buah dada mereka dengan meletakkan telefon pintar di antara buah dada.
Aplikasi yang diberi nama “ChiChi” itu bakal dilancarkan pada Januari depan. Aplikasi itu akan menggunakan kamera telefon pintar dan sensor untuk mengesan saiz payudara wanita.

Mereka yang terlibat disebalik “aplikasi penjagaan kesihatan” ini berpendapat bahawa 80% wanita di dunia tidak memakai saiz coli yang betul.
Kajian juga mendapati, ramai wanita terpaksa berjumpa dengan pakar kerana rasa tidak selesa apabila memakai coli dan ianya disebabkan oleh saiz coli yang salah.

Aplikasi “ChiChi” atau dalam bahasa Jepun iaitu “buah dada”, kini sedang mencari wanita untuk menguji aplikasi terbaru itu sebelum dilancarkan tahun depan.
Namun, sekumpulan feminis di Jepun menghentam mereka yang mencipta aplikasi tersebut dengan menyatakan bagaimana sebuah telefon pintar lebih tahu saiz buah dada seseorang.
P/S; Hurm..ada logikya di situ. Betul-betul berkesan ke aplikasi ni?
Sumber: Hasanuva

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Aplikasi “ChiChi” Dari Jepun Ini Dicipta Untuk Ukur Saiz Buah Dada!"

Post a Comment