Erra Fazira Tidak Letak Harapan Dalam Hubungan Bersama Shahir AF


Masih berteka-teki dan tidak mahu memberi kata putus mengenai status hubungannya bersama Shahir AF, Erra Fazira hanya menyifatkan persahabatan di antara mereka berdua berjalan seperti biasa.



“Kalau nak bercakap mengenai hubungan kami, rasanya tak ada apa-apa yang boleh dikongsikan. Semuanya sama saja. Saya tidak mahu cakap mengenai kemungkinan kami akan berkahwin atau kerana hubungan kami sekarang seperti biasa saja”

“Bagi saya, kalau ada, adalah jika tidak, tidaklah. Saya tidak kisah dan tidak meletakkan apa-apa jangkaan dan harapan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Gosip mula melanda pasangan ini apabila pasangan itu dilihat beberapa kali keluar bersama pada pertengahan tahun lalu. Bagaimanapun, Erra mahu pun Shahir tidak mahu mendedahkan status sebenar dakwaan tersebut selain Erra turut menyatakan bahawa mereka hanyalah kawan biasa saja


Sumber: ROTIKAYA

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Erra Fazira Tidak Letak Harapan Dalam Hubungan Bersama Shahir AF"

Post a Comment