Hanis Zalikha Hamil Empat Bulan, Kini Tunai Umrah Bersama Suami


Tahniah kepada pasangan manis Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkara yang pastinya menggembirakan keluarga kedua-dua belah pihak tersebut dikongsikan Hairul melalui akaun Instagramnya.


“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,” jelas Hairul di Instagram.

Perkara tersebut pastinya mendapat reaksi positif daripada pengikutnya yang sudah pun mencecah 1.3 juta orang selain dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada mereka.
Hanis dan juga suaminya kini sedang mengerjakan umrah dan juga bulan madu bersama. Semoga segala perjalanan dan juga perancangan pasangan ini akan sentiasa dipermudahkan.
Sumber: ROTIKAYA

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Hanis Zalikha Hamil Empat Bulan, Kini Tunai Umrah Bersama Suami"

Post a Comment