Neelofa Tenang Jawab Gosip, Mahu Jenama Tudung Dikenali Dunia


Neelofa Tenang Jawab Gosip, Mahu Jenama Tudung Dikenali Dunia

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan yang dikecapi oleh Neelofa hari ini. Melalui laporan daripada BBC, jualan tudung jenama Nealofar mencecah RM50 juta, dua kali ganda dari jangkaan keluarga tersebut.



Bagaimanapun, di sebalik kejayaan jenama tudungnya yang mempunyai 700 pengedar sah termasuk di Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika syarikat, Neelofa turut dihimpit kontroversi yang mengatakan dia adalah isteri ketiga orang kenamaan.



Menjelaskan persoalan tersebut di laman Instagram, rata-rata peminatnya memberi sokongan positif agar tidak menghiraukan kontroversi yang melanda tersebut. Boleh tahan juga ya gosip yang datang pun.
Jadi, terpulanglah kepada anda untuk mempercayai apa yang diakui oleh tuan badan sendiri atau mahu percaya khabar angin. Bak kata Neelofa, orang ramai sudah cukup bijak untuk menilai sendiri.

Sumber: Rotikaya

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Neelofa Tenang Jawab Gosip, Mahu Jenama Tudung Dikenali Dunia"

Post a Comment