Neelofa Umum Diri Masih ‘Single’, Ramai Jejaka Cuba Nasib Mengorat

Kah kah kah. Tergelak sakan Abang Nara membaca komen-komen yang membuat gurauan mengorat Neelofa di salah satu status Facebook pengacara itu. Selepas menafikan dirinya menjadi isteri ketiga seorang menteri dan juga mengumumkan jumlah jualan tudung Naelofar mencecah RM50 juta, Neelofa telah tampil memaklumkan yang dirinya masih muda serta tidak terburu-buru untuk bergelar seorang isteri.


Neelofa juga menegaskan sekali lagi bahawa gosip dirinya menjadi isteri ketiga seorang menteri adalah sampah semata-mata. Apa yang mencuri perhatian Abang Nara ialah ayat-ayat manis para jejaka yang mengambil kesempatan untuk cuba mengorat Neelofa. Kelakar-kelakar jugak rakyat Malaysia ini rupanya. Hehehe



Mana tahu dalam ramai-ramai jejaka tersebut, ada yang akan berjaya mencuri hati Neelofa. Abang Nara ucapkan goodluck buat anda. Kalau ada jodoh tak ke mana kan?



Sumber: beautifulnara

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Neelofa Umum Diri Masih ‘Single’, Ramai Jejaka Cuba Nasib Mengorat"

Post a Comment