Pemilik Butik Dedah Sikap Siti Nurdiana Yang Mengejutkan!!


Kisah penyanyi Siti Nordiana sukar mendapatkan tajaan pakaian sebelum menyertai Gegar vaganza sememangnya sangat menyentuh hati ramai peminat.
Begitu juga dengan minggu-minggu terawal ketika menyertai program itu, Nana dikatakan masih tiada penaja untuk pakaian persembahannya.
Namun, selepas diperkenalkan dengan seorang pereka fesyen, Jimmy atau Zaizakrani Ismail, 31 pereka itu ikhlas membantunya.



Siapa sangka, selepas melonjaknya nama Nana melalui program Gegar Vaganza itu, ia turut memberi tempias kepada Jimmy melalui butiknya Jimmy Couture!
"Asalnya, Haiza memperkenalkan Nana (Siti Nordiana) kepada saya yang meminta saya mereka baju untuk persembahannya kerana tiada orang yang mahu menaja pakaian dia.
"Jadi saya dengan niat ikhlas mahu membantunya. Tak sangka pula saya turut mendapat tempias Nana dengan menerima lebih sepuluh tempahan setiap minggu," ujar Jimmy kepada portal Mstar Online.



Jimmy juga mendedahkan, ramai di kalangan pelanggannya begitu terperinci inginkan busana seperti yang digayakan oleh Nana.
"Mereka mahu tahu apa yang Nana pakai dan jenis kain apa yang digunakan. Begitu terperinci mereka bertanya.
"Kemudian mereka akan meminta saya menghasilkan gaun seperti yang dipakai Nana," ujarnya.
Begitulah, niat dan pertolongan ikhlas, pastinya mendapat balasan yang baik. Semoga kisah Nana dan Jimmy ini membuka mata lebih ramai pihak agar tidak memandang rendah kepada orang lain selepas ini. - CARI Infonet


Sumber: instagram Jimmy Couture


Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Pemilik Butik Dedah Sikap Siti Nurdiana Yang Mengejutkan!!"

Post a Comment