Penyamun ganas maut ditembak


KOTA BHARU – Seorang penjenayah hanya sempat menunjukkan lagaknya selama 10 minit sebelum dia maut ditembak kerana bertindak agresif menyerang anggota polis dalam kejadian samun sebuah kedai serbaneka di Jalan Kutan, Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi, suspek yang berusia 34 tahun bersenjatakan sebilah pisau masuk ke premis tersebut yang mempunyai dua pekerja.
Kedua-dua pekerja yang ketakutan kemudian melarikan diri ke bahagian stor kedai terbabit bagi menyelamatkan diri sebelum suspek menggeledah bahagian kaunter premis itu untuk mendapatkan wang.
Salah seorang pekerja lelaki berusia 20-an telah bertindak menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Sumber: Kosmo! Online

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Penyamun ganas maut ditembak"

Post a Comment