'BELUM PERNAH AKU JUMPA ORANG SEJUJUR INI'



Baiknya seseorang bukan atas bangsa atau agama. Pokok pangkalnya hati.


First of all, nak ucap terima kasih kepada madam Goh Poh Kheng. Aku tertinggal beg tangan dalam tandas Alamanda, sebab dok kalut nak kejar nak lari.

Dalam beg tangan perempuan, macam biasalah. Segala harta benda ada. Tapi nak kejar anak punya pasal, semua lupa. 

Bila cari balik beg, dah tak ada. Berkaca-kaca mata aku. Tapi bila difikirkan balik, redha sajalah. Anak lebih penting. Kalau dia lari keluar dan hilang? 

Selamat handphone nombor Malaysia aku simpat di poket. Kebetulan handphone nombor Brunei ada dalam beg yang hilang itu. 

Nak dijadikan cerita, madam Goh cas handphone nombor Brunei itu dengan harapan aku call nombor Brunei aku itu. Aku pula tak terfikir nak call nombor itu sehinggalah suami bagi idea suruh call nombor berkenaan. 

Pada mulanya, nak sembunyi dari dia. Ya Allah, punyalah lega bila ada orang jawab panggilan kita. Masa madam jawab panggilan itu, aku dah di luar pintu balai polis nak buat laporan. Terus tak jadi masuk balai polis. 

Belum pernah aku jumpa orang sejujur ini. Dia kata dia tak percayakan Information Counter Alamanda, that's why dia nak cari pemilik beg ini sendiri.

Dia boleh pergi suruh staff dia sebarkan penemuan beg aku. Kagum! Kagum! 


Bila aku nak bagi dia sedikit token sebagai tanda penghargaan, dia tolak. Sampai ke rumah dia hantar handbag aku. Faith in humanity restored! Thank yo uso much madam. This act of kindness remind us that there's still good people in this world. May you be blessed. - Shadiah Zainol

Sumber: Penpatah

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "'BELUM PERNAH AKU JUMPA ORANG SEJUJUR INI'"

Post a Comment