Remaja Maut Tertikam Keris Ketika Persembahan Silat 4 Gambar kejadian {video Penuh}



Seorang remaja lelaki maut akibat tertikam dengan senjata tajam dipercayai keris ketika membuat persembahan untuk satu majlis perkahwinan di Labuan petang semalam, lapor laman Facebook Kelab Info Malaysia.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Patau itu, Mohd Amil Zulkarnain bin Jafar, yang juga ahli Silat Gayong Malaysia Cawangan Labuan (Gayong Serantau) maut setelah tertikam dengan keris.

“Saya dimaklumkan dan disahkan oleh gurulatihnya, Cikgu Rosni, bahawa seorang murid Gayong Labuan meninggal dunia ketika membuat persembahan di kenduri kahwin petang tadi. Mangsa tertikam keris di rusuk pada buah terakhir,” kata Makngah Perak.

Takziah buat keluarga arwah dan marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Amil.



Sumber: h2m9363

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Remaja Maut Tertikam Keris Ketika Persembahan Silat 4 Gambar kejadian {video Penuh}"

Post a Comment