Selalu Mengeluh Gaji Sikit? 6 Perkara Ini Buatkan Anda Murah Rezeki!



“Sikitnya gaji aku, boleh ke nak hidup. Cukup ke nak tahan sampai hujung bulan.”
Situasi ini mesti ramai yang mengalaminya. Tapi ramai yang tidak sedar, rezeki sikit atau banyak bukan persoalannya, yang penting adalah keberkatan.
Apa guna rezeki banyak tapi tak berkat. Jadi, bersyukur dengan apa yang ada.
Jadi, jika anda inginkan rezeki yang melimpah ruah, jangan lupa untuk lakukan 6 perkara ini!

1. Sedekah


Bersedekah adalah cara untuk membersihkan harta. Ringankan tangan untuk bersedekah kerana dengan cara itu rezeki yang kita dapat lebih berkat. RM1 pun sudah mencukupi, yang penting adalah niat.

2. Jangan abaikan ibu dan ayah


Ramai terlupa tanggungjawab sebagai seorang anak. Jangan berkira untuk hulurkan wang saku pada ibu dan ayah setiap bulan. Jika kita gembirakan kedua orang tua, kita akan mendapat redhaan.

3. Mudahkan urusan orang


Ketika kita senangkan urusan orang lain, urusan kita juga akan lebih mudah. Jangan berat tulang menolong dan meringankan beban orang lain kerana di situ juga akan mendatangkan keberkatan dalam rezeki yang kita nak dapat.

4. Sentiasa melakukan kebaikan


Jika kita inginkan rezeki yang banyak, buat baik sentiasa sesama manusia dan juga haiwan. Kalau kita buat jahat, bukan sahaja rezeki tak cukup, hati pun tak tenang.

5. Muliakan anak yatim


Jika anda anda rezeki lebih, kongsikan bersama mereka yang memerlukan seperti anak yatim. Bila kita berkongsi, rezeki kita makin luas.

6. Ada rezeki lebih, dahulukan haji dan umrah


Jika berkemampuan dan ada rezeki lebih, lakukan haji dan umrah. Ni tak. Ada yang sanggup habiskan duit pergi bercuti tak pun beli barang berjenama.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Selalu Mengeluh Gaji Sikit? 6 Perkara Ini Buatkan Anda Murah Rezeki!"

Post a Comment