(Video) Kekecohan di Kompleks Kota Raya, Orang Ramai Mengamuk


2 orang dikatakan cedera di Kompleks Kota Raya apabila satu pergaduhan tercetus antara pekerja kedai telefon dan sekumpulan 20 individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh kedai tersebut.

Menurut polis, keadaan berada di dalam kawalan dan pihak mereka kini sedang mencari suspek yang mencetuskan pergaduhan yang berlaku kira-kira 5 petang hari ini.

Pada mulanya, NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media di luar kedai berkenaan dan meminta wang mangsa-mangsa yang di dakwa telah ditipu itu dikembalikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Deputi Supritendan M Gunalan bagaimanapun berkata pihak yang mencetuskan pergaduhan itu adalah pihak yang berasingan

Ini komen polis:

"Mereka datang tidak lama selepas kumpulan itu(PPIM) mengadakan sidang akhbar di luar kedai untuk menuntut bayaran balik. Terdapat kira-kira 20 orang yang datang dengan kayu dan topi keledar dan memulakan pergaduhan dengan kira-kira lapan pekerja di kedai tersebut.

"Daripada apa yang kita dapat lihat, hanya satu meja telah dihancurkan oleh kumpulan itu dan beberapa telefon bimbit hilang. Mereka yang cedera dirawat kerana kecederaan ringan di Hospital Tung Shin,"

Dikatakan penipuan melampau peniaga telefon di sana berleluasa sehingga PPIM membuat serbuan dan pendedahan.

Ramai yang tertipu termasuk warga tua dan juga warga asing.

Ini video pergaduhan tersebut:




Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "(Video) Kekecohan di Kompleks Kota Raya, Orang Ramai Mengamuk"

Post a Comment