Banjir Pulau Pinang: Ini Ucapan Netizen..


UCAPAN doa membanjiri media sosial selepas berita banjir di Pulau Pinang mengejutkan netizen hari ini.

Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat 15 jam sejak semalam. Susulan itu, puluhan jalan ditutup dan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menerusi hashtag #PrayforPenang, netizen melahirkan ucapan doa kepada semua penduduk Pulau Pinang yang terlibat dalam malapetaka itu dan berharap mereka akan berada dalam keadaan selamat.








Banyak gambar serta rakaman video juga turut dikongsi oleh netizen di Pulau Pinang untuk melapor keadaan.

Mereka menyifatkan hujan dan banjir yang melanda negeri itu sebagai paling teruk dan menakutkan.






Malah, ada yang berkongsi talian kecemasan kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan secepat mungkin.



Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat daerah di negeri ini.


Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Banjir Pulau Pinang: Ini Ucapan Netizen.."

Post a Comment