Tak pernah pun cerita tentang tiada siapa nak sponsor baju - Aishah


BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4) Aishah menafikan dakwaan yang mengatakan tiada pihak sudi menaja pakaian untuk persembahannya dalam program tersebut.

Menurut Aishah, 52, dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Jadi viral pula cerita baju saya untuk GV4 ini. Tidak benar cerita mengenai tiada sesiapa nak sponsor baju untuk saya.

“That is not true lah dan saya juga tidak pernah pula bercerita tiada sesiapa nak sponsor, uish biar betul,” katanya menerusi status laman sosial Facebooknya, Wan Aishah Wan Ariffin pada Isnin.


Selain menjelaskan mengenai isu baju, Aishah juga turut memberitahu dia lebih selesa menghadiri program berkenaan dengan hanya ditemani oleh suaminya sahaja.

“Saya memang tidak bawak entourage yang besar, cukup sekadar suami yang mengiringi. Saya juga ada kawan-kawan dan peminat yang organize untuk peminat.

“Solekan pun saya guna make-up artist Astro, setakat ini okey sahaja. Saya memang tidak suka ramai-ramai orang di sekeliling saya, rimas. Dari dulu saya memang begini,” jelasnya.

Terdahulu, penampilan Aishah yang menggayakan busana berwarna merah telah mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan berpendapat busana itu tidak sesuai digayakan Aishah yang dianggap sebagai penyanyi legenda negara.

Mereka juga meminta supaya pereka fesyen lebih peka terhadap rekaan baju yang ingin diberikan kepada Aishah dan bukan hanya sekadar tangkap muat sahaja.


Teks oleh: Mya Amri

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Tak pernah pun cerita tentang tiada siapa nak sponsor baju - Aishah"

Post a Comment